Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam, Bandar Seri Begawan

Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam, Bandar Seri Begawan

Aspek-Aspek dalam Bahasa Melayu

Friday, June 20, 2008

* Menarik * : Personaliti Diri Mengikut Bulan Kelahiran

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar.
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros.

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik.

OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* Orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Thursday, June 12, 2008

Bercinta sewaktu di sekolah menengah : wajar atau tidak?


Sebenarnya, cikgu tidak bercadang untuk mempost perihal percintaan ini dalam blog cikgu sebab ia sememangnya tiada perkaitan dengan peperiksaan dan sebagainya. Namun, memandangkan banyak masalah-masalah serta isu yang cikgu lihat yang ada di kalangan kamu semasa cikgu mengajar, jadi cikgu rasa cikgu perlu memaparkan petikan ini untuk tatapan pelajar-pelajar yang cikgu kasihi.

Cinta? Apa itu cinta? Banyak para pelajar melihat percintaan itu dari satu sudut saja iaitu untuk suka-suka, sayang-menyayangi apa. Cikgu boleh definisikan cinta itu sebenarnya sesuatu yang kompleks. Ada yang cakap keiklasan penting, ada yang cakap lawa penting, ada yang cakap kaya penting, itu semua persepsi dan pandangan masing-masing. Namun, cikgu secara peribadi bersetuju mengatakan keikhlasan merupakan satu aspek yang penting dalam percintaan, sebab cinta itu melibatkan hati dan perasaan. Namun, pertikaian tentang ikhlas itu selalunya dituju arah satu pihak saja, padahal yang bercinta dua orang, lelaki dan perempuan.

Jika sekiranya pasangan bercinta itu berusia di antara 12 hingga 17 tahun, 100% cikgu yakin mereka belum tahu apa itu cinta. Sebab itu ia dipanggil 'CINTA MONYET'. Namun seperti yang dapat kamu perhatikan di sekeliling kamu, kita dapat lihat ramai orang sudah berpasangan sejak umur 12-15 tahun kan? Oleh sebab itu, cikgu tidak hairan jika mereka gagal dalam percintaan, sebab mereka masih belum matang tentang hal cinta. Kamu pun sudah membaca cerpen 'Hendak Seribu Daya', kamu sendiri setuju bahawa sekolah tempat untuk belajar dan bukan untuk tujuan yang lain. Hal ini boleh kamu lihat sewaktu Ibnu terpegun melihat kecantikan Salina sebelum kuliah bermula. Patutkah tu? ibu bapa beranggapan kamu belajar bersungguh-sungguh di kelas tapi kamu lebih fokus kepada perkara lain pula? wajar? kalau wajar, beritahu cikgu kenapa kamu berfikir demikian.

Sebab itu ramai orang dewasa khususnya ibu bapa dan guru-guru kamu melarang kamu bercinta ketika usia masih terlalu muda atau baru setahun jagung, sebab orang dewasa sudah dapat agak bahawa percintaan mereka itu hanya sementara. Betapa serius pun kita bercinta (pada anggapan diri sendiri) tetapi satu hari yang kita tidak tahu bila hubungan percintaan kita tergugat. Melalui pemerhatian cikgu, terlalu sedikit orang yang bercinta dalam usia begini berjaya sampai ke jinjang pelamin, sebaliknya banyak percintaan mereka putus di tengah jalan. Misalnya saja orang-orang yang ada di sekeliling cikgu yang sama umuran cikgu, hampir semua BF atau GF mereka itu BUKAN BF atau GF mereka ketika di sekolah menengah, tetapi hampir semuanya adalah orang baru yang mereka kenal selepas sekolah menengah, selalunya selepas menengah 5. Sebab itu cikgu paling risau apabila terdapat segelintir pelajar-pelajar cikgu bercinta sepenuh hati. Helo, Islam menggalakkan umatnya cinta sepenuh hati apabila seseorang itu bergelar suami atau isteri kepada seseorang individu tersebut. Sebab itu, dahulu tidak ada istilah cinta sebelum perkahwinan, selepas perkahwinan baru ada percintaan itu lebih bahagia.

Kamu mungkin tidak setuju kenapa cikgu cakap kegagalan dalam percintaan lebih banyak wujud di kalangan diri kamu. Ada banyak punca dalam hal ini sebenarnya, bukan setakat ikhlas atau tidak sahaja. Banyak lagi aspek-aspek yang lain. Antaranya, hubungan itu putus sebab ada orang ketiga. Ini punca yang paling-paling banyak berlaku. Mengapa ia berlaku? Sedangkan waktu bercinta berjanji akan setia, berkata tentang masa depan bersama dan segalanya dengan ungkapan-ungkapan bahasa yang indah macam 'Only YOur mY oNLy 1 lah', 'Miss my HunnY BunNy', 'aku sayang si atu sorang saja'. Tetapi akhirnya cinta berpaling juga kepada orang lain. Kehadiran orang ketiga selalu terjadi sebab bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Kita bukan hidup pada zaman Adam dan Hawa, yang cuma dua orang makhluk saja yang ada dalam bumi Allah ini. Oleh sebab itu, cikgu selalu beritahu kamu cikgu sayang kamu semua. Sayang cikgu bukan seperti sayang yang kamu istilahkan sampai sepenuh hati atu. Sayang cikgu adalah asas untuk memudahkan lagi cikgu berkomunikasi dengan kamu dengan lebih berkesan. Jadi, jika asas percintaan itu sudah salah, jangan hairan apabila besar kemungkinan hubungan cinta itu akan putus.

Cikgu yakin dalam setiap hubungan cinta, persoalan ikhlas pernah diutarakan, misalnya kita bertanya kepada pasangan kita, apakah dia ikhlas dengan kita? Sama ada ia jawab ikhlas atau tidak itu bukan satu kepastian. Cikgu selalu ingat, ’orang yang ikhlas, ia tidak akan memberitahu kita bahawa ia ikhlas, ia akan mendiamkannya’, ini bermakna orang yang memberitahu kita bahawa dia ikhlas, ia hampir dengan kepura-puraan, kerana ikhlas itu urusan kita dengan Tuhan. Di dunia ini, siapa yang ikhlas itu tiada siapa pun tahu melainkan ia dengan Tuhan. Oleh itu, tak perlu banyak fikir sama ada pasangan kita ikhlas atau tidak, jika kita bercinta dengannya, bercintalah berpada-pada, biarlah jika hubungan itu berterusan atau terputus, kita tidak rugi apa-apa. Sebab itu cikgu ingin kemukakan di sini supaya jangan 100% terlalu taksub dalam bercinta. Perasaan menyayangi dan ingin disayangi itu memang ada dalam diri kamu, memang cikgu tidak nafikan itu semua. Namun, cikgu amat tidak bersetuju apabila kamu bercinta dengan sepenuh hati sampai sanggup melakukan apa sahaja. Sebab itu, guru-guru risau kalau perkara tersebut terjadi sampai ke tahap tidak dapat mereka kawal lagi.

Jadi nasihat cikgu, jika kamu ada BF atau GF, bercintalah secara sederhana, jangan bila esok kamu terpaksa putus hubungan dengannya, kamu frust habis. Cikgu menasihati ini secara tidak langsung juga cikgu menasihati diri cikgu sendiri sebab cikgu tahu pelajar-pelajar cikgu mempunyai akal untuk berfikir, fikirkan tentang adakah wajar atau mesti berdua-duaan bagi dating dan sebagainya? Cikgu sangat takut apabila wujud kehadiran makhluk durjana yang ketiga yang sememangnya bertujuan untuk mendorong kamu menuju ke arah membuat dosa. Ingat, dalam percintaan yang tidak ada batasan ada yang sampai sanggup menggadaikan maruah dan harga diri, bertindak bunuh diri sedangkan kamu tahu bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor.

Jadi dalam bercinta, bersederhana saja, supaya apabila hubungan itu berterusan kita bahagia, dan apabila hubungan itu terputus kita tidak terlalu kecewa.Punca hubungan cinta itu terputus ada banyak lagi. Ramai juga yang putus selepas menengah 5 kerana selepas menengah 5, selalunya masing-masing akan membawa haluan hidup sendiri, ada yang akan meneruskan ke menengah enam, ada yang melanjutkan pelajaran di luar negeri, ada yang masuk ke Maktab perguruan, maktab jururawat, ke universiti, dan sebagainya, jadi mereka akan berjumpa dan bergaul rapat lagi dengan orang lain seperti mereka bergaul rapat dengan kita dahulu hingga menimbulkan bibit-bibit cinta. Akhirnya kekasih yang jauh ditinggalkan dan orang yang hampir akan dijadikan pengganti. Hal ini pernah cikgu alami sendiri sewaktu cikgu meninggalkan SM SMJA untuk meneruskan ke Pusat Tingkatan 6. Waktu itu, cikgu tidak punya siapa-siapa. Kawan-kawan lelaki cikgu tidak ada yang melayakkan diri ke Pusat Tingkatan 6. Yang ada pun kawan-kawan cikgu yang perempuan sahaja, itu pun mereka ditempatkan di Maktab Duli manakala Cikgu sendiri di Maktab Soas. Alhamdulillah, disebabkan oleh cikgu tidak terlalu bergaul atau kamcing dengan rakan-rakan cikgu sekelas cikgu dapat membiasakan diri dengan cepat. Dalam masa beberapa hari, cikgu mendapat kawan yang lebih cikgu percayai daripada kawan-kawan cikgu yang sekelas dengan cikgu sewaktu menengah 5 dahulu.

Cikgu post semua ini, bukan cuma untuk masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ambil maksud yang tersirat dan yang tersurat yang ada dalam petikan cikgu di atas. Cikgu harap kamu dapat manfaatkan mesej yang cuba cikgu sampaikan dalam blogspot cikgu ini memandangkan masa cikgu untuk bersama kamu sangat-sangat terhad semenjak cikgu tidak lagi mengajar di SM SMJA.

Akhir kata dari cikgu, bercintalah sepenuh hati kepada TuhanMu kerana cinta Allah kepada kita lebih hakiki daripada cinta kita sesama makhluk. Besederhanalah kita dalam percintaan, jangan dibiarkan akal dikawal oleh perkara lain kerana melalui akal lah Allah meninggikan darjat kita daripada makhluk-makhluknya yang lain.



Cinta itu suatu yang kompleks untuk diberi pengertian. Memang ia selalu hadir dalam hidup manusia, tetapi ia masih sukar untuk diberi makna kerana apa yang kita rasa selalunya bukan cinta yang sebenarnya.


Selalu orang katakan, ketika berdepan dengan seseorang itu pada awalnya, ia akan terasa seperti nervous, berdebar dan adakalanya suara tersekat-sekat, lalu beranggapan bahawa dia telah jatuh cinta, padahal itu dinamakan SUKA. Apabila kita bercinta disebabkan suka, selalunya apabila perkara yang kita suka itu sudah tidak ada, hubungan akan menjadi tidak stabil. Misalnya suka kerana fizikal, tetapi apabila suatu hari fizikalnya berubah atau berlaku apa-apa kecacatan, ia akan mula ingin berpaling mencari yang lain. Ini juga berlaku jika menyukai sikap seseorang. Apabila sikapnya berubah, hubungan akan retak. Makanya ia bukan dinamakan cinta.


Ada ketikanya apabila kita terpandangkan seseorang yang rasanya seperti telah memikat hati, kita tertawan sehingga pandangan terhadapnya kalau boleh tidak dilepaskan. Orang selalu beranggapan itu maknanya dia telah jatuh cinta kepada orang itu. Padahal itu adalah NAFSU. Setelah ia berjaya memilikinya, namun apabila ia terlihat lagi orang lain yang juga menarik perhatiannya, ia akan bertindak yang sama, ingin memiliki orang lain tersebut. Sebab itu hubungan berdasarkan nafsu selalunya tidak kekal.


Perasaan sunyi yang menyelubungi hati, ditambah lagi perasaan iri terhadap orang sekeliling yang ceria dan berhibur dengan pasangan masing-masing, ini membuatkan kita inginkan pasangan kita berada di sisi, alangkah baik kan? orang akan anggap itulah cinta padahal itu adalah KESEPIAN. Memang kesunyian akan hilang apabila si dia hadir di sisi, tetapi kesepian juga akan hilang jika kawan-kawan atau keluarga membawa kita untuk berhibur.


Cuba lihat orang yang selama ini kita anggap sebagai pasangan kita, adakah kita bercinta kerana tidak ingin melukakan hatinya? Jika ya, maka itu bukan cinta yang sebenarnya tetapi itu adalah BELAS KASIHAN. Kita berusaha menjaga hatinya, tetapi kadang-kala pada masa yang sama, kita membiarkan hati sendiri terluka.


Atau adakah kita bercinta dengan seseorang itu kerana sebelum ini dirinya berjaya menawan hati kita, membuatkan kita sering teringatkannya, siang malam asyik dia saja yang terbayang di minda? Mungkin itulah cinta, tetapi padahal itu adalah GILA BAYANG. Hati manusia terlalu mudah dihasut Iblis untuk menggilai orang lain kerana apabila Iblis berjaya membuatkan kita tergila-gila terhadap seseorang, usahanya untuk menghampirkan kita kepada maksiat akan berjaya.


Apabila seseorang itu melakukan kesalahan, dan kita memaafkannya, menerima kesilapannya kerana kita ambil berat terhadapnya, itu bukan cinta tetapi SAHABAT. Apabila seseorang itu mengatakan, hanya kita yang selalu dia fikirkan, maka itu bukan cinta tetapi DUSTA. Dan apabila kita sanggup memberikan apa-apa yang kita ada untuk kepentingan dirinya, itu bukan cinta tetapi itulah sifat MURAH HATI.


Jadi bukankah definisi sebenar cinta itu sukar untuk ditakrifkan secara spesifik, betul dan tepat? Jika kamu bercinta BERASASkan perkara-perkara di atas, maka itu bukan cinta sebenar. Tetapi apabila ASAS hubungan cinta itu adalah betul, jadi beberapa perkara di atas tadi perlu ada. Misalnya ambil berat, setia, suka, belas kasihan, murah hati dan sebagainya itu perlu ada untuk menjaga hubungan. Oleh itu, apa yang paling penting ialah ASAS hubungan percintaan itu berlandaskan apa?


Cinta itu ialah apabila kamu tetap bersamanya dalam keadaan suka dan duka. Malah keadaan-keadaan ini akan mengeratkan lagi hubungan kita. Apabila si dia melakukan kesalahan, kita memaafkannya dan menerima kesalahan itu bukan kerana menjaga hatinya tetapi kerana itu adalah dirinya, dan kita menerima dia seadanya. Jika kita tertarik kepada orang lain lagi, tetapi hati kita tetap pada psangan kita, itulah CINTA. Dan hubungan yang berdasarkan cinta, kamu akan bersedih apabila pasangan kamu berdukacita, walaupun dia kuat untuk menghadapinya, tetapi kamu akan berusaha untuk mengatasinya. Kamu melakukan demikian bukan kerana kamu ambil berat terhadapnya, tetapi kerana kamu hanya akan gembira apabila dia gembira. Itulah CINTA.


Cinta itu pula perlu disemai dengan kekuatan fikiran, kekuatan untuk menghormati, kekuatan untuk memberi, kekuatan kepercayaan, kekuatan untuk melepaskan kisah lalu, bebaskan diri agar dapat menerimanya, komitmen, konsisten, kejujuran, terima seadanya, memahami, simpati, bertolak ansur, tidak berdendam, berfikiran terbuka, jangan selalu berdamping, persamaan, menghormati, penghargaan, tidak materialistik, mempunyai perancangan dan tujuan yang sama.


Namun kamu mesti ingat, bukan semua percintaan itu berakhir dengan perkahwinan. Cinta itu bukan perasaan ingin memiliki seperti ingin memiliki seseorang. Misalnya cinta kepada Allah, kita tidak pernah ada perasaan ingin memiliki Allah kan? Sebab itu, cinta masih ada meskipun pasangan kita telah meninggal dunia, cinta itu wujud walaupun kita tidak memilikinya. Oleh itu jika kita berani untuk bercinta, maka beranilah untuk putus cinta. Jika kita berani untuk menerima seseorang, maka beranilah untuk melepaskannya. Adakalanya cinta itu indah di penglihatan tetapi derita di perasaan. Cinta bukan lahir dengan paksaan, ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tanpa kita relakan. Cinta itu sukar untuk dimengertikan. Kesimpulannya, cinta itu melibatkan DUA jiwa yang bersatu dalam satu fikiran, perasaan dan tujuan.

Wednesday, June 4, 2008

Skim Jawapan Peperiksaan Bahasa Melayu Menengah 4 (200*)

SOALAN 1 - Isi-Isi Penting
1. Hampir setiap hari berlaku kebakaran.
2. Ia mengakibatkan kerugian harta benda dan korban nyawa.
3. Ia berpunca daripada kegagalan bomba menyelamatkan harta benda, nyawa kelambatan tiba di tempat kejadian.
4. Oleh itu setiap balai bomba mesti mempunyai cukup kakitangan.
5. Peralatan dan perkakas yang sesuai dengan tugas mereka.
6. Alasan-alasan pihak bomba hanya akan melunturkan keyakinan orang ramai terhadap prestasi mereka yang cukup terlatih.
7. Sebaiknya semua laporan mesti disiasat termasuk laporan palsu.
8. Namun orang ramai tidak patut membuat panggilan palsu yang boleh mengundang bencana.
9. Bagi menyakinkan orang ramai, pihak bomba mesti menyegerakan semua tindakan terutama semasa kemarau.
10. Oleh itu, mereka mesti memperlihatkan keiltizaman dan kewibawaan sebagai golongan professional.

SOALAN 2 - KEFAHAMAN

(a)
1. Media massa bertanggungjawab berlakunya gejala sosial kerana mengandungi unsur negatif seperti seks, keganasan, tahayul dan budaya kuning.

2. Media massa berperanan sebagai unsur penting menyalurkan maklumat sepanjang kehidupan manusia.

3. Media massa berfungsi untuk mendapatkan maklumat semasa mengenai dunia sekeliling sama ada berita dalam dan luar negeri. Selain itu, ia juga boleh melonggarkan ketegangan-ketegangan yang dipikul oleh kita.

4. Kita seolah-olah bebas atau tiada halangan untuk mengetahui keadaan di tempat-tempat yang ada di dunia ini.

5. Media massa digunakan sebagai alat bantu untuk mengembangkan dakwah Islamiah.

(b)
i. khayal belaka / pegangan / kepercayaan yang karut-marut.
ii. secara wajar akal fikiran.
iii. menghilangkan kekerasan.
iv. bahan atau alat yang ada dalam media massa.
v. alat / asas / saluran untuk menyampaikan penyebaran agama.

SOALAN 3
(a) Memodenkan

Tidak lama kemudian, mereka sampai di Negeri Daha. Raden Inu berasa malu untuk masuk ke dalam istana lalu baginda memerintahkan Jerude dan Kartala untuk mengiringi Mahadewi pergi menghadap Kebawah Duli Sang Ratu Daha.

Apabila Sang Ratu melihat Mahadewi datang dalam keadaan mata yang bengkak, baginda berasa kasihan sehinggakan baginda terkenang permaisuri baginda yang telah mangkat akibat diracun.

Baginda baru menyedari akan kejahatan Paduka Liku. Ubat guna-guna yang dikenakan oleh Paduka Liku itu tidak lagi berkesan.

(b) 1. Berterus terang dan tegas (percakapan)
2. Orang yang jahil tentang agama.
3. Sentiasa berada di suatu tempat / selalu bersama-sama.
4. Anak angkat pada nama sahaja kerana sukut tetapi masih dalam tanggungan ibu bapanya
sebenar.
5. Cepat menyelesaikan sesuatu tugas.

(C)
1. Marah Amir apabila mengetahui kekasihnya dirampas orang / Apabila mengetahui kekasihnya dirampas orang Amir marah.

2. Sedang berkerumun orang ramai untuk melihat pertunjukan itu / Sedang berkerumun untuk melihat pertunjukan itu orang ramai.

3. Mengayuh basikalnya dengan laju apabila seekor anjing ganas mengejar Faris / Dengan laju Faris mengayuh basikalnya apabila seekor anjing ganas mengejarnya.

4. Akan melancong Izyan ke Singapura pada hujung minggu ini / pada hujung minggu ini Izyan melancong ke Singapura / Ke Singapura Izyan akan melancong pada hujung minggu ini.

5. Sedang berehat di kebuh bunga pada petang semalam Syakirah dan Azhar / Di kebun bunga Syakirah dan Azhar sedang berehat pada petang semalam.

SOALAN 4 - Sajak

i. - kata-katanya kurang menyakinkan / kurang bersuara.
- bertambah semakin gembira.
- menggunakan perbelanjaan besar.

ii. - kawannya kelihatan kurang gembira.
- kawannya seorang yang murah hati.
- akhirnya menjadi terlalu gembira apabila tiba hari perkahwinan.

iii. - Ayahnya menunaikan ibadat Haji ke Tanah Suci dan berlangsungnya majlis perkahwinan kakaknya.

iv. - Kerana semua kegembiraan telah berlalu.
- wang telah habis untuk perbelanjaan perkahwinan.
- kerbau dan lembu telah dijual untuk perbelanjaan ayah pergi ke tanah suci.
- bayaran persekolahan perlu dijelaskan.
- ayah kehabisan wang.

b) Pemberita itu memberi salam kepada perempuan tersebut lalu perempuan tersebut menjawab salam pemberita itu kemudian pemberita itu memperkenalkan dirinya dan memberitahu bahawa dia ingin mendapatkan maklumat mengenai kebakaran yang berlaku semalamnya. Pemberita itu seterusnya bertanya nama perempuan itu.

Perempuan itu memperkenalkan dirinya sebagai Saibiah. Pemberita itu seterusnya meminta Saibiah menerangkan tentang kejadian kebakaran tersebut. Saibiah menjelaskan bahawa kebakaran tersebut berpunca dari gas dapur yang ditinggalkan oleh jirannya semasa memasak air untuk menyiram bunga di luar rumah. Jirannya terlalu asyik dengan kerja tersebut sehingga dia tersedar apabila terdengar bunyi letupan yang kuat tetapi api telah menjilat rumahnya dan beberapa buah rumah berdekatan.

c)
1. untuk.
2. dan.
3. kerana.
4.dan.
5. kerana

~~** seLAMAT MENYEmak **~~

Thursday, May 22, 2008

Teknik atau Tips sebelum menjawab soalan memodenkan

Soalan Memodenkan (dari peperiksaan setengah tahun yang
lepas):

Dengan
tiada berapa lamanya sampailah mereka itu ke Negeri Daha itu. Maka Raden Inu
segan masuk lalu menanti di luar istana. Maka disuruhnya Jerude dan Kartala
masuk bersama-sama dengan Mahadewi akan menghadap Kebawah Duli Sang Ratu Daha
itu.

Maka
tatkala dilihat oleh Sang Ratu akan Mahadewi datang dengan balut matanya,
sungguhpun selama ia pergi tiada dikenangnya, akan tetapi pada masa bertemu itu
timbullah belas dan kasihan di dalam hatinya serta teringatlah ia pada isterinya
yang sudah meninggal diracuni itu. Lagi pula baharulah ia tersedar akan dirinya
dan baharulah diketahuinya akan segala kejahatan Paduka Liku itu kerana pada
masa itu rupa-rupanya segala hikmat dan ubat-ubatan Paduka Liku itu telah hilang
kemanjurannya.

(15 Markah)


Para pelajar selalunya mengatakan sukar untuk menjawab soalan memodenkan walaupun kamu belum melihat petikan prosa klasik tersebut. Persepsi atau konsep ini boleh mengganggu dan menghalang kamu dari menjawab soalan memodenkan semasa peperiksaan mahupun semasa latihan dalam bilik darjah.

Berikut ialah di antara beberapa cadangan yang boleh kamu lakukan sebelum menjawab soalan memodenkan :

1. Senaraikan dulu watak-watak yang ada dalam petikan prosa klasik tersebut. Pastikan kamu berjaya mengenal pasti beberapa watak yang mempunyai persamaan agar pemilihan kata ganti nama kamu tepat dan sesuai.

Contoh (dari soalan memodenkan peperiksaan setengah tahun):
a. Watak-watak :
- Raden Inu / Baginda (-nya).
- Jerude.
- Kartala.
- Mahadewi / Puteri Baginda (ia).
- Kebawah Duli Sang Ratu Daha / Sang Ratu.
- Permaisuri baginda (isterinya).
- Paduka Liku.

2. Nyatakan latar tempat, iaitu tempat prosa klasik itu diceritakan.
- Dalam istana.
- Luar istana.

3. Nyatakan pokok persoalan yang ada dalam petikan tersebut.
- Raden Inu datang ke istana untuk menghadap Kebawah Duli Sang Ratu Daha.
- Mahadewi pulang dalam keadaan bengkak di bahagian matanya.
- Baginda teringat akan permaisurinya yang telah mangkat.

4. Barulah kamu membuangkan perkataan-perkataan yang tidak diperlukan seperti maka, arakian, syahadan, -la, -pun dan perkataan-perkataan klasik yang lain.

5. Jika kamu mengetahui maksud perkataan klasik yang ada dalam petikan tersebut, kamu perlu tukarkan menjadi bahasa moden. Ini penting kerana jika kamu mengekalkan perkataan klasik tersebut markah kamu akan dipotong sedikit sebab tidak mengikut arahan soalan iait menukarkan petikan klasik menjadi bahasa Melayu moden.

Contoh :
a. balut matanya - bengkak di matanya.
b. hilang kemanjurannya - hilang kesannya.
c. berkhalwat - bersendirian di suatu tempat.

* Oleh itu kamu perlu mencatat perkataan-perkataan klasik yang baru kamu dapat dalam kamus persendirian kamu. Ini membolehkan kamu terbiasa apabila melihat perkataan-perkataan klasik tersebut.

Terima Kasih kepada pelajar yang bertanya. Cikgu harap ia dapat memberikan manfaat kepada semua pelajar-pelajar cikgu dan cikgu harap kamu manfaatkan ilmu yang cikgu terangkan di internet ini dengan sebaiknya.

Sekian.

Tuesday, May 20, 2008

Ulasan Karangan Bahagian Kedua

Salam lagi sekali kepada pelajar-pelajar cikgu.. Di sini cikgu ingin menambah ulasan cikgu mengenai ulasan hasil karangan kamu yang telah kamu buat semasa peperiksaan pertengahan tahun yang sedang berlangsung.

Bagi yang menjawab soalan 4 :
- Terdapat pelajar yang tidak menyatakan format ceramah yang perlu dibuat dalam karangan kamu. Apabila format ini tidak digunakan dalam karangan, MARKAH TEKNIK KAMU TERPAKSA DIBERIKAN 6 MARKAH SAHAJA (Sebagaimana yang telah ditetapkan dalam skim pemarkahan peperiksaan O level yang sebenar). Manakala, beberapa orang pelajar juga telah didapati tidak mengekalkan format karangan tersebut seperti sidang hadirin yang dihormati sekalian, persoalan-persoalan yang menggunakan tanda tanya dan sebagainya.

- Selain itu, cikgu dapati juga terdapat para pelajar yang menggunakan bahasa Inggeris dalam bahagian ini. Ini boleh mengurangkan markah kamu sedikit demi sedikit. Semakin banyak kesalahan yang dibuat, semakin banyak juga potongan markah dibuat.

Bagi yang menjawab soalan 6:
- Format tidak disertakan selengkapnya. Ada yang menyatakan tajuk berita tersebut (bagus) tetapi tidak menyatakan dilaporkan oleh siapa. Apabila ada kekurangan format (tidak meninggalkan format sama sekali) markah yang diberikan terhadap teknik sudah ditetapkan, iaitu 9/20. Sayang sekali bukan? hanya dengan tidak menyatakan format, markah yang diberikan terlalu drastik menurun.

- Selain itu, karangan berita ini tidak kamu tulis secara formal. Seolah-olah seperti karangan berbentuk menceritakan kembali peristiwa lalu. Maksud cikgu di sini, tahap penerangan yang digunakan dalam karangan tersebut agak rendah jika dibandingkan dengan penghuraian karangan berita yang sebenar. Namun, keseluruhannya cikgu tertarik dengan isi karangan berita yang kamu hasilkan.

Ulasan bagi karangan soalan 1 dan soalan 5 akan menyusul kemudian. Akhir kata dari cikgu, semoga berjaya menjawab dengan cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu 2 esok, iaitu 21hb Mei, 2008 @ Selepas Rehat. :)

Sunday, May 18, 2008

Ulasan Karangan Bagi Para Pelajar Menjawab Soalan 2 dan 3

Salam kepada pelajar-pelajar cikgu semua.. Cikgu harap para pelajar melaksanakan ulang kaji dengan sebaiknya agar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan setengah tahun yang sedang berlangsung kini. Ulasan yang hendak cikgu sampaikan di sini ialah berkenaan dengan hasil karangan kamu (setelah disemak) bagi soalan 2 dan soalan 3.

Ulasan soalan 2:
- Terdapat para pelajar tidak memahami kehendak soalan, iaitu punca remaja lari dari rumah dan cara-cara mengatasi masalah tersebut. Terdapat para pelajar menghuraikan tentang masalah sosial di kalangan remaja. Para pelajar agak terikat dengan soalan karangan yang pernah kamu buat sewaktu latihan karangan di sekolah.

- Selain itu, untuk pengetahuan pelajar, maksud 'lari dari rumah' dan 'berlari dari rumah' membawa maksud yang sangat berbeza. Cikgu tahu punca perkara ini berlaku iaitu kamu menterjemah 100% dari bahasa Inggeris menjadi bahasa Melayu. Istilah 'Running away from home' jika diterjemah ke dalam bahasa Melayu membawa maksud melarikan diri dari rumah. Ingat tu. Cikgu sudah mengatakan kalau kamu menggunakan teknik terjemahan dalam karangan kamu, pastikan kamu kekalkan maksud asal. Cikgu berulang kali memberikan contoh 'Red Car' diterjemah menjadi Kereta merah dan bukannya Merah kereta.

- Lagi satu perkara yang cikgu dapati daripada guru kamu, penyusunan isi kamu tidak teratur, kalau boleh gunakan satu perenggan bagi satu isi, iaitu yang dilengkapi dengan penyataan isi, penghuraian isi, contoh, akibat serta perkaitan dengan tajuk soalan. Itu lebih memudahkan pemeriksa untuk mengenal pasti isi-isi yang kamu terangkan dalam karangan kamu.

Ulasan soalan 3:
- Para pelajar yang memilih soalan mengulas novel ini keliru atau mungkin tidak faham dengan kehendak soalan yang dinyatakan. Soalan meminta kamu untuk mengetengahkan novel yang pernah kamu baca beserta ULASAN IAITU KRITIKAN, PANDANGAN KAMU terhadap novel tersebut. Banyak aspek yang boleh kamu ketengahkan, iaitu pengajaran yang boleh didapati melalui novel tersebut, nilai-nilai murninya, perkara-perkara yang boleh menjadi ikutan pembaca, kesesuaian temanya dan sebagainya. Namun, pelajar cikgu lebih cenderong menulis sinopsis novel yang dibacanya sahaja tanpa menyatakan ulasan tersebut.

- Selain itu, terdapat juga para pelajar tidak memberikan pendahuluan karangan dengan mengenalkan latar belakang buku novel tersebut. Ada yang terus menghuraikan sinopsis novel yang dibaca tanpa muqadimah atau kata-kata permulaan sebelum memulakan sesebuah karangan.

Ulasan bagi hasil jawapan karangan kamu yang lain akan menyusul kemudian. *InsyaAllah* akhir kata dari cikgu, teruskan usaha kamu terhadap kertas Bahasa Melayu II. Jangan mengambil ringan kertas tersebut. Cikgu harap kertas Bahasa Melayu II boleh menolong markah kamu untuk menyokong markah kertas Bahasa Melayu I kamu.

Akhir kata dari cikgu, Selamat maju jaya dalam peperiksaan ini. Jadikan diri cikgu berbangga kerana mempunyai pelajar seperti kamu. Sekian.

Thursday, May 15, 2008

Pertandingan Bahas Peringkat Akhir Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam Menengah 4B

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya cikgu dapat menyempurnakan aktiviti pertandingan bahas di sekolah menengah SMJA menengah 4B pada hari rabu yang lepas, iaitu pada 14hb Mei 2008. Cikgu berpuas hati dengan usaha dan komitmen yang telah kamu tunjukkan walaupun terdapat beberapa kekurangan yang cikgu rasa boleh lagi diperbaiki bagi aktiviti-aktiviti bahasa Melayu yang akan datang (Jika ada teow~). Selain itu juga, cikgu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada guru-guru dari Jabatan Bahasa Melayu yang berkesudian untuk menjadi barisan panel hakim sepanjang pertandingan ini diadakan. Tidak juga dilupakan ucapan terima kasih kepada pelajar-pelajar (selain menengah 4B) yang berkesudian untuk meluangkan waktu lapang mereka pada sebelah petang untuk menyaksikan pertandingan tersebut. Cikgu harap jangan diambil negatif terhadap aktiviti yang telah cikgu anjurkan ini kerana mungkin pada masa sekarang kamu berasa ia seperti suatu bebanan kepada kamu tetapi sebenarnya ia amat membantu kamu pada masa akan datang. Cikgu akhiri kata-kata cikgu hari ini dengan melampirkan beberapa gambar semasa pertandingan tersebut dan serangkap pantun.


Barisan pihak pencadang peringkat akhir (Dari kiri : Nabilah, Qawie dan Aisamuddin)


Barisan pihak penyanggah peringkat akhir (Dari kiri : Amalina, Wadiah dan Sook Yee - Simpanan Chai)


Guru Bahasa Melayu @ Hakim pertandingan bahas peringkat akhir. (Dari kiri : Cikgu Norizah (Ketua Hakim), Cikgu Rohana dan Cikgu Rosminah (Ketua Jabatan Bahasa Melayu)


Di antara pelajar-pelajar yang hadir untuk menyaksikan pertandingan bahas peringkat akhir tersebut *Terima Kasih*


Di antara pelajar-pelajar yang hadir untuk menyaksikan pertandingan bahas peringkat akhir tersebut *Terima Kasih* (Gosh~ kenapa Faiz tidur pulang atu aste~ manis jua~)

Pergi ke sekolah menaiki bas,
Singgah sebentar membeli bunga,
Kerana ilmu kita berbahas,
Untuk kemajuan tunas bangsa.