Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam, Bandar Seri Begawan

Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam, Bandar Seri Begawan

Aspek-Aspek dalam Bahasa Melayu

Tuesday, May 20, 2008

Ulasan Karangan Bahagian Kedua

Salam lagi sekali kepada pelajar-pelajar cikgu.. Di sini cikgu ingin menambah ulasan cikgu mengenai ulasan hasil karangan kamu yang telah kamu buat semasa peperiksaan pertengahan tahun yang sedang berlangsung.

Bagi yang menjawab soalan 4 :
- Terdapat pelajar yang tidak menyatakan format ceramah yang perlu dibuat dalam karangan kamu. Apabila format ini tidak digunakan dalam karangan, MARKAH TEKNIK KAMU TERPAKSA DIBERIKAN 6 MARKAH SAHAJA (Sebagaimana yang telah ditetapkan dalam skim pemarkahan peperiksaan O level yang sebenar). Manakala, beberapa orang pelajar juga telah didapati tidak mengekalkan format karangan tersebut seperti sidang hadirin yang dihormati sekalian, persoalan-persoalan yang menggunakan tanda tanya dan sebagainya.

- Selain itu, cikgu dapati juga terdapat para pelajar yang menggunakan bahasa Inggeris dalam bahagian ini. Ini boleh mengurangkan markah kamu sedikit demi sedikit. Semakin banyak kesalahan yang dibuat, semakin banyak juga potongan markah dibuat.

Bagi yang menjawab soalan 6:
- Format tidak disertakan selengkapnya. Ada yang menyatakan tajuk berita tersebut (bagus) tetapi tidak menyatakan dilaporkan oleh siapa. Apabila ada kekurangan format (tidak meninggalkan format sama sekali) markah yang diberikan terhadap teknik sudah ditetapkan, iaitu 9/20. Sayang sekali bukan? hanya dengan tidak menyatakan format, markah yang diberikan terlalu drastik menurun.

- Selain itu, karangan berita ini tidak kamu tulis secara formal. Seolah-olah seperti karangan berbentuk menceritakan kembali peristiwa lalu. Maksud cikgu di sini, tahap penerangan yang digunakan dalam karangan tersebut agak rendah jika dibandingkan dengan penghuraian karangan berita yang sebenar. Namun, keseluruhannya cikgu tertarik dengan isi karangan berita yang kamu hasilkan.

Ulasan bagi karangan soalan 1 dan soalan 5 akan menyusul kemudian. Akhir kata dari cikgu, semoga berjaya menjawab dengan cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu 2 esok, iaitu 21hb Mei, 2008 @ Selepas Rehat. :)

No comments: